logo super staffPengenalan

superstaff CO

          SEMINAR SUPER STAFF, merupakan salah satu daripada seminar yang dijalankan oleh SNB Kasih Training & Consultancy.

Seminar ini bertujuan untuk membantu para pekerja meningkatkan prestasi mereka semasa melaksanakan pekerjaan masing-masing di syarikat yang mereka sedang bekerja. Selain itu, seminar ini merupakan langkah awal dalam membantu para pekerja supaya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk bekerja seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi dan mencapai objektif sesebuah syarikat.

Bersesuaian dengan konsep “PEKERJA HEBAT, PRESTASI MENINGKAT, PENDAPATAN BERKAT”, seminar ini dapat dijadikan satu platform untuk para pekerja mempelajari dan mengetahui ciri-ciri pekerja yang hebat dan baik pada masa kini. Dalam usaha untuk menjayakan seminar ini, semangat bekerjasama, ketabahan dari segi intelek dan emosi, semangat bertoleransi serta pelbagai lagi dugaan perlu ditempuhi bagi mencapai objektif SEMINAR SUPER STAFF ini.

Matlamat ini selaras dengan matlamat negara yang ingin melahirkan para pekerja yang lebih bermotivasi. Seminar ini pastinya dapat membantu negara dalam merealisasikan impian ini.

Objektif Seminar

1)      Memberi kesedaran tentang pentingnya peranan pekerja dalam mencapai objektif syarikat.

2)      Mendidik para pekerja supaya lebih bermotivasi semasa melaksanakan pekerjaaan mereka.

3)      Membantu dalam meningkatkan prestasi para pekerja sekaligus dapat meningkatkan pencapaian syarikat.

4)      Memberi kesedaran tentang pentingnya peranan keluarga dalam membentuk pekerja yang hebat.

Modul yang ditawarkan

MODUL 1:     Nilai Amanah dan Kepentingannya dalam Kerjaya.

MODUL 2:     Pekerja Cemerlang Bermula daripada Keluarga Bahagia.

MODUL 3:     Etika Kerja dalam Islam.

MODUL 4:     13 Ciri Pekerja Cemerlang Dunia & Akhirat.

MODUL 5:     Pengurusan Emosi & Tekanan.

MODUL 6:     “Pekerja Hebat, Pendapatan Berkat”

MODUL 7:     Pentingnya Pengurusan Kewangan.

MODUL 8:     Sikap Menentukan Kejayaan dan Kecemerlangan.

MODUL 9:     Pekerja Bermotivasi!

MODUL 10:   Kerja itu Mudah & Senang.

Penyertaan/Pertanyaan

Seminar ini terbuka kepada semua organisasi/syarikat/badan kerajaan/institusi yang berminat untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja masing-masing.

Isi borang di bawah untuk penyertaan/pertanyaan:

Nama Pemohon
Nama Syarikat/Organisasi/Badan Kerajaan/Institusi
Email
No Telefon Untuk Dihubungi
Tarikh Cadangan untuk Mengadakan Seminar Ini
Bajet Kewangan untuk Mengadakan Seminar Ini
Pertanyaan/Komen
Captcha
Captcha