Latar Belakang SNB Kasih Training & Consultancy
SNB KASIH TRAINING CONSULTANCY adalah sebuah syarikat yang didaftarkan pada 20 Mei 2010 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur dengan nombor pendaftarannya adalah 001953213-T.
SNB Kasih ini diketuai oleh seorang Pengarah Eksekutif yang memiliki pengalaman dan daya kreativiti yang tersendiri dalam bidang keagamaan dan motivasi iaitu Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Binti Mahamood.
Di samping itu, tenaga penggerak syarikat ini juga turut disertai oleh suaminya, Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid serta anak-anak dan staff-staff yang lain. Pada mulanya syarikat ini beroperasi di Saujana Impian, Kajang dan kini telah berpindah ke alamat:
No.16-2, Jalan Mesraniaga, Taman Mesra, Batu 13 Kajang, Selangor.
VISI SYARIKAT
Menjadi sebuah syarikat motivasi yang berwibawa dalam mendidik pelbagai lapisan masyarakat pada zaman era globalisasi sekarang.
MISI SYARIKAT
Untuk mendidik masyarakat berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah supaya masyarakat keseluruhannya menjadi orang-orang yang berguna, Berjaya dan hebat bukan sahaja di dunia bahkan untuk bekalan di hari akhirat.
SLOGAN SYARIKAT
“Anda Buat, Anda Dapat”.
“Banyakkan Ibadat,
Tinggalkan Maksiat”.
TENAGA KERJA SYARIKAT
PENGARAH URUSAN

Dilahirkan pada 7 Julai 1966 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan agama,bahasa arab & akademik selama 7 tahun di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah (1979-1985) sehingga memperolehi Sijil Empat Senawi.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar,Mesir dalam jurusan Pengajian Islam & Bahasa Arab.
Sering muncul di TV sebagai panel jemputan Forum Perdana TV1, Al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, Al-Hidayah, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Halaqah TV9 dan sekarang aktif mengacarakan program yang diminati ramai iaitu rancangan Semanis Kurma TV9 bersama suaminya Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid.
Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar di seluruh Semenanjung, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei. Telah melahirkan lebih 40 album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tip dalam bentuk VCD, CD dan kaset.Telah menulis 14 buah buku motivasi dan agama.
Beliau merupakan Panel Tetap Yayasan Pembangunan Keluarga,Negeri Terengganu dan Rumahku Syurgaku Negeri Melaka.
ANUGERAH YANG PERNAH DIPEROLEHI :
Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’pada tahun 2008.
Dianugerahkan “Outstanding Award Achievement” dalam penjualan album daripada Telaga Biru Sdn. Bhd pada tahun 2005.
Memperkenalkan Teknik Cakar Harimau dan Urutan Labah-labah 2004.
Anugerah Pilihan Pembaca 2009 Popular/Berita Harian tempat kedua buku bertajuk Hadiah Buatmu Muslimah.
Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian tempat pertama buku bertajuk Rahsia Minda Hebat.
Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian tempat ketiga buku bertajuk Mak Abah Redhailah Anakmu.
Dicalonkan untuk Anugerah Pengacara Tv Paling Popular/Berita Harian 2008 dan 2009.
Juri Gadis Melayu Tv 9 tahun 2008.
Juri Islamic Festival Fashion 2009.
Juri Adik-Adikku Tv 1 2009.
Duta Syarikat Ana Edar 2007 hingga 2009.
Duta Bio-Pearl skin care 2006.
Jurucakap Halal SAFI 2008 hingga 2009.
Duta produk IMTIYAAZ 2010.
Duta Anak Angkat Palestin 2009.
PANEL TETAP

Dilahirkan pada 24 April 1964 di Kg.Bendang Raja,Kubur Panjang,Pendang, Kedah. Memulakan pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah.
Status : Berkahwin
Isteri : Siti Nor Bahyah Mahmood
Pendidikan : Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah
Universiti Al-Azhar ( Usuluddin )
UKM (MA) Dakwah Kepimpinan
Sekarang sedang menyiapkan tesis PHD
di universiti yang sama.
Jawatan: -Pendidik di Sek. Men.Agama Persekutuan Kajang.
-Pengacara Rancangan Semanis Kurma TV 9.
-Panel Tetap Yayasan Pembangunan Keluarga,Negeri Terengganu dan
Rumahku Syurgaku Negeri Melaka
PENGALAMAN :
Ahli panel TV1 dalam forum Perdana dan Al-Mubarak
Ahli panel TV3 dalam Motivasi Pagi, Al-Kuliyyah, Al-Hidayah dan MHI (Malaysia Hari ini )
Ahli Panel ASTRO
Ahli Panel Radio IKIM.fm dan Radio Selangor
Penceramah Agama dan Motivasi seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura
Telah menghasilkan sepuluh album ceramah agama di bawah Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd.
ANUGERAH YANG PERNAH DICAPAI :
Pelajar terbaik UPSR
Pelajar Terbaik SRP 1980
Pelajar Terbaik SPM 1982
Pelajar Terbaik Sarjanamuda 1988
Pelajar Terbaik Diploma Pendidikan 1989
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1993,1998 dan 2003
Anugerah Biasiswa Persekutuan Peringkat Sarjana Muda 1985-1988
Anugerah Biasiswa Persekutuan Peringkat Sarjana 1997-1999
Anugerah Biasiswa Persekutuan Peringkat PHD 2004-2008
PENGURUS SYARIKAT
WAN NUR NADIYATUL HUSNA BT WAN AKASHAH

Dilahirkan pada 19 Julai 1988 di Perak. Dibesarkan di beberapa buah negeri antaranya di Kedah dan Kajang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam ABIM, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah dan Sekolah Agama Menengah Batu10, Hulu Langat. Mendapat Diploma Syariah Perundangan Islam daripada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Sangat komited dalam meneruskan pelajaran dalam bidang Syariah Perundangan dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Islam dan Kepujian (Syariah perundangan Islam).
Semasa berada di Sekolah Menengah, beliau banyak memegang jawatan penting antaranya Ketua Kelab Pengajian Islam dan Pemimpin Rakan Sebaya Sekolah. Banyak menguruskan ceramah Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah dan berpengalaman mengendalikan pelbagai seminar.
Berbekalkan prinsip hidup “Berjaya Di Dunia dan Berjaya Di Hari Akhirat” membuatkan beliau begitu bersemangat dalam menguruskan syarikat motivasi ini. Bercita-cita untuk membuka syarikat guaman tersendiri pada masa akan datang, Insya-Allah.
PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT
WAN MUHAMMAD AFIFUDDIN BIN WAN AKASHAH

Dilahirkan pada 24 Mac 1991 di Sungai Petani, Kedah. Dibesarkan di beberapa buah negeri antaranya di Kedah dan Selangor. Mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah antaranya Sekolah Rendah Islam ABIM, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Sekolah Agama Menengah Batu 10 Hulu Langat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang ekonomi dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pada zaman persekolahan, beliau banyak memegang jawatan penting antaranya Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Sekolah, Pengawas Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) dan Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan (BADAR).
Beliau juga agak aktif dalam ko-kurikulum, antaranya pernah menjadi Ketua Kelab Ekonomi Sekolah, Setiausaha Kelab Pendidikan Islam dan pernah juga mewakili sekolah dalam sukan Bola Sepak peringkat Zon.
KETUA FASILITATOR
AHMAD FAIZ BIN AZMI

Dilahirkan pada 24 Mac 1991 di Kuala Lumpur, Malaysia. Dibesarkan di beberapa buah negeri, antaranya di Cheras, Selangor dan Kertih, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn, Selangor serta Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas, Terengganu. Seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Menengah di SMKA Sheikh Abdul Malek, Terengganu dan SMKA Maahad Hamidiah, Selangor. Kini melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Pendidikan.
Sepanjang perjalanan sebagai pelajar, pernah menyandang pelbagai jawatan di sekolah seperti Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Sekolah serta Ketua Biro Disiplin. Seterusnya pernah menyertai Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Dari sudut kokurikulum, pernah menyandang jawatan sebagai AJK Kelab Ekonomi serta Pengerusi bagi Kelab Bola Tampar.
Kini, cita-cita menjadi seorang Muallim yang Islami serta membimbing masyarakat di luar untuk kembali ke arah yang tenang serta diredhai oleh Yang Maha Mencintai. Prinsip hidup adalah “andai kata tersungkur buat 24 kali, bangunlah buat kali ke 25, kerana tanpa usaha dan keazaman, angan-angan tidak menjadi kenyataan”.
PEREKA GRAFIK SYARIKAT
MUHAMMAD RIDHUAN HAKIM BIN AHMAD FATHI

Dilahirkan pada 7 Julai 1991. Dibesarkan di Negeri Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Al-Amin Bangi dan Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi. Melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Sains Kemanusiaan dan kini sedan mendapatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Sains Kemanusiaan (Sains Politik).
Mempunyai banyak pengalaman dalam bidang grafik semenjak di bangku sekolah lagi. Berbekalkan azam dan minat beliau dapat menghasilkan rekaan grafik yang berkualiti dan mantap.

